Tuesday, May 10, 2011

Ujian Diagnostik SPM 2011

Tajuk-tajuk yang diuji:
1.   Semua tajuk Tingkatan 4
2.   Perakaunan untuk tunai (Belanjawan Tunai dan Penyata Penyeseuaian Bank)
3.   Penggajian

Tip untuk berjaya:
1.   Jangan buat kerja kursus sekarang. FOKUS pada ulangkaji tajuk-tajuk yang diuji.
2.   Tiada shortcut - buat ulangkaji sekarang.
3.   Pengurusan masa mesti diberi keutamaan - pastikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menjawab semua soalan.
4.   Fikiran yang tenang sangat diperlukan. Format baru SPM bermula tahun ini. Mula menjawab soalan hanya selepas membaca setiap maklumat dengan teliti.

SELAMAT MAJU JAYA!

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Tajuk-tajuk yang diuji untuk Tingkatan 4
1. Persamaan Perakaunan dan Kunci Kira-kira
2. Penyata Kewangan
3. Jurnal Am, Jurnal-jurnal Khas dan Buku Tunai
4. Buku Tunai Runcit
5. Lejar

Tip untuk berjaya:
1.  Baca setiap soalan dengan teliti. Ikut semua arahan yang diberi. Jangan sediakan apa-apa yang tidak dikehendaki.
2.  Pengurusan masa mesti diberi keutamaan. Pastikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menjawab setiap soalan. Jangan habiskan masa untuk mendapat jumlah yang seimbang (tiada markah bonus untuk jawapan yang seimbang.)
3.  Jangan lupa: Persiapan awal mesti sentiasa dibuat untuk setiap tajuk!